Housing and Land Rights

Kenyataan bersama Parti-parti Kiri Asia

Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial.
Selepas dilanda pandemik COVID-19 untuk lebih setahun, rakyat pekerja di seluruh dunia telah menderita dan dimangsakan oleh sistem kapitalis global yang gagal melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. Pandemik ini telah mencetuskan kemelesetan ekonomi yang teruk di seluruh dunia, dengan semakin ramai orang kehilangan kerja atau menderita kerana pendapatan yang berkurangan. Krisis ini sedang memburukkan ketidaksamarataan dan ketidakasilan sosial.
Selepas dilanda pandemik COVID-19 untuk lebih setahun, rakyat pekerja di seluruh dunia telah menderita dan dimangsakan oleh sistem kapitalis global yang gagal melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. Pandemik ini telah mencetuskan kemelesetan ekonomi yang teruk di seluruh dunia, dengan semakin ramai orang kehilangan kerja atau menderita kerana pendapatan yang berkurangan. Krisis ini sedang memburukkan ketidaksamarataan dan ketidakasilan sosial.

Pekerja Sedunia 2021)

Kenyataan bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara sempena Hari Pekerja Antarabangsa 2021

Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial

(Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara.)

Selepas dilanda pandemik COVID-19 untuk lebih setahun, rakyat pekerja di seluruh dunia telah menderita dan dimangsakan oleh sistem kapitalis global yang gagal melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. Pandemik ini telah mencetuskan kemelesetan ekonomi yang teruk di seluruh dunia, dengan semakin ramai orang kehilangan kerja atau menderita kerana pendapatan yang berkurangan. Krisis ini sedang memburukkan ketidaksamarataan dan ketidakasilan sosial.

Virus SARS-CoV-2 yang membawa maut telah menyebabkan pandemik COVID-19 yang menjangkiti lebih 150 juta orang dan meragut nyawa lebih 3 juta orang di seluruh dunia, tetapi virus kapitalis zalim yang memanfaat daripada eksploitasi terhadap tenaga buruh dan sumber alam telah memburukkan impak krisis kesihatan sedunia dan menjahanamkan kehidupan jutaan orang.

Pada masa yang sama, kerajaan-kerajaan di banyak negara, termasuk di negara-negara di Asia Tenggara, telah menggunakan alasan membendung penularan wabak untuk meningkatkan kawalan autoritarian mereka dan menghapuskan ruang demokratik demi meningkatkan cengkaman mereka terhadap kekuasaan. Namun demikian, kita juga sedang menyaksikan rakyat biasa yang enggan tunduk kepada amalan yang anti-demokratik dan pemerintahan yang autoritarian itu bangkit untuk melawan kezaliman dengan beraninya. Gerakan pro-demokrasi di Thailand sejak tahun 2020 dan perjuangan anti-kudeta di Myanmar baru-baru ini, merupakan contoh penting rakyat melawan balik rejim-rejim yang represif.

Dengan nyawa, kehidupan dan kesejahteraan rakyat terus diancam oleh ekonomi kapitalis yang dilanda krisis, sekarang ialah masanya untuk kita menyusun semula kelas pekerja dan kuasa progresif untuk membina sebuah alternatif yang mampu membebaskan rakyat daripada kezaliman dan kesengsaraan di bawah kapitalisme.

Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.

Kami, organisasi-organisasi yang menandatangani kenyataan bersama ini, mengemukakan seruan berikut:

  1. Tamatkan kediktatoran tentera dan pemerintahan yang didominasi tentera di Asia Tenggara. Kami mengecam rampasan kuasa tentera di Myanmar dan menyatakan solidariti kami bersama dengan perjuangan rakyat Myanmar untuk demokrasi. Kami juga menyokong perjuangan untuk demokrasi di Thailand. Bebaskan semua tahanan politik dan hentikan penindasan terhadap golongan berbeza pandangan. Lindungi ruang demokratik supaya kelas pekerja dapat berorganisasi dan menyuarakan tuntutan-tuntuan mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka
  2. Perkhidmatan kesihatan sejagat percuma yang dapat diakses untuk semua, termasuk golongan migran dan pelarian. Hentikan apartheid vaksin dengan menghapuskan monopoli syarikat-syarikat farmaseutikal besar ke atas paten ubat, demi menjamin akses sejagat terhadap vaksin dan ubat-ubatan penting di semua negara.
  3. Jaminan pekerjaan dengan jaminan pendapatan. Hentikan amalan penyumberan luar dan kasualisasi terhadap pekerjan tetap. Kerajaan harus melaburkan hasil daripada pelaksanaan percukaian progresif yang komprehensif ke dalam sektor-sektor produktif dan perkhidmatan-perkhidmatan penting, termasuk pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan sosial, pertanian dan pengeluaran makanan yang mampan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui, pembekalan perumahan sosial, perkhidmatan jagaan untuk mengurangkan beban wanita di rumah (termasuk untuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak) dan sebagainya. Kerajaan-kerajaan negara ASEAN harus mewujudkan sebuah mekanisme serantau untuk memastikan rakyat pekerja di rantau ini memperoleh gaji layak hidup, supaya menamatkan dasar buruh murah dan penekanan terhadap gaji. Kerajaan-kerajaan negara ASEAN harus bekerjasama untuk membina semula ekonomi yang berfungsi untuk rakyat, bukannya untuk keuntungan korporat.
  4. Pendapatan asas yang terjamin dan perlindungan sosial bagi semua, untuk memastikan semua rakyat, termasuk keluarga-keluarga yang paling miskin dan mereka yang kehilangan pendapatan kerana pandemik, dapat Menyusun semula kehidupan mereka dalam keadaan yang bermaruah dan lestari.
  5. Program komprehensif untuk meningkatan jaminan makanan, supaya memastikan rakyat dapat mengakses makanan yang sihat dan melindungi punca pencarian petani-petani kecil tempatan di semua negara.
  6. Batalkan hutang tidak munasabah yang dipaksakan ke atas kerajaan-kerajaan negara Selatan Global, supaya membolehkan lebih banyak dana dapat diperuntukkan untuk pelaksanaan program-program sosial bagi rakyat pada ketika krisis.
  7. Hentikan sekatan ekonomi unilateral yang bersifat jenayah yang dikenakan oleh kuasa-kuasa imperialis (khususnya Amerika Syarikat) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingan mereka, termasuk Kuba, Venezuela dan Iran.
  8. Bertindak segera untuk menangani krisis iklim dan alam sekitar dengan melakukan peralihan yang adil untuk keluar daripada bahan api fosil dan menuju tenaga boleh diperbaharui 100%, mewujudkan program pemulihan ekologi terhadap tanah, hutan, air dan lautan, program untuk membina daya tahan masyarakat yang memperkasakan rakyat untuk menangani impak krisis iklim dan berpulih dengan cepat, dan program perindustrian semula yang berasaskan pengeluaran yang mampan secara ekologi di bawah kawalan demokratik rakyat.
  9. Tegakkan hak wanita dengan menguatkuasakan undang-undang yang menghukum keganasan terhadap wanita dan memperkukuhkan hak reproduktif mereka, termasuk hak wanita untuk memilih pengguguran.

Marilah kita bersatu dalam semangat internasionalisme kelas pekerja, untuk mencabar susunan kapitalis yang sedia ada dan membina semula dunia kita dengan visi sosialis.

Kenyataan ini disokong oleh:

  1. Parti Sosialis Malaysia (PSM), Malaysia
  2. Partai Rakyat Pekerja (PRP), Indonesia
  3. Party of the Laboring Masses (PLM), Philippines
  4. Socialist Workers Thailand (SWT)
  5. Kesatuan Perjuangan Rakyat (KPR), Indonesia
  6. Konfederasi Pergerakan Rakyat Indonesia (KPRI), Indonesia
  7. Konfederasi Serikat Nasional, Indonesia
  8. Lembaga Informasi Perburuhan Sedane (LIPS), Indonesia
  9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Malaysia
  10. Bukluran ng Manggagawang Pilipino (BMP), Philippines
  11. Sanlakas, Philippines
  12. Campaign Committee for People’s Constitution (CCPC), Thailand
  13. Thammasat University Marxism Studies (TUMS), Thailand
  14. Socialist Alliance, Australia
  15. Europe solidaire sans frontières (ESSF), France
  16. Nouveau Parti anticapitaliste (NPA), France
  17. Borderless Movement, Hong Kong
  18. Radical Socialist, India
  19. Haqooq Khalq Movement, Pakistan
  20. Progressive Labour Federation, Pakistan
  21. Federation of Media Employees’ Trade Unions, Sri Lanka

Help us build the Wire

The Wire is the only planetary network of progressive publications and grassroots perspectives.

Since our launch in May 2020, the Wire has amplified over 100 articles from leading progressive publications around the world, translating each into at least six languages — bringing the struggles of the indigenous peoples of the Amazon, Palestinians in Gaza, feminists in Senegal, and more to a global audience.

With over 150 translators and a growing editorial team, we rely on our contributors to keep spreading these stories from grassroots struggles and to be a wire service for the world's progressive forces.

Help us build this mission. Donate to the Wire.

Support
Available in
EnglishGermanItalian (Standard)FrenchSpanishThaiMalaysianHindiPortuguese (Brazil)
Date
04.06.2021

More in Housing and Land Rights

Housing and Land Rights

Indorewala & Wagh: City Planning Before and After the Pandemic

Receive the Progressive International briefing
Privacy PolicyManage CookiesContribution Settings
Site and identity: Common Knowledge & Robbie Blundell